Sometimes we(especially so the younger generation of singaporean malay and the muslim community in SG) forget the very people who we should have acknowledged as the heroes of our communities.listed below are a few...but im sure there are many others.Pemergian mereka merupakan satu kehilangan besar bagi masyarakat kita.
http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,44170,00.html?
TEBARAN JASAMU TETAP DIKENANG
TOKOH 1
Syed Abdillah Ahmad Al-Jufri(1938-2003)
SELAKU guru hebat, pemergiannya pada 4 Januari 2003 amat terasa. Beliau turut mengasas dan memimpin Persatuan Ulama dan Guru Agama Islam Singapura (Pergas), mantan mudir Madrasah Aljunied (bekas sekolahnya) dan ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).
Peranannya harum dalam penyuburan ilmu agama, terutama tafsir Al-Quran dan bahasa Arab.
Lahir di Singapura pada 2 Ogos 1938, beliau dari keluarga susah dan belajar di sekolah Melayu dan madrasah.
Beliau berguru dengan ulama besar, termasuk Syeikh Omar Al-Khatib.
Sejak 1957, beliau mengajar di sekolah, masjid dan badan Islam.
Beliau gigih menulis, termasuk sebagai penulis buku teks pengetahuan agama Islam dan berkhidmat di jabatan pendidikan Muis.
Antara anugerah diterimanya ialah Pingat Bakti Masyarakat dan Jasawan Muis.
TOKOH 2
Syed Ali Redha Alsagoff (1928-2000)
BERGELAR 'Bapa Dermasiswa', perjuangannya dalam bidang pendidikan anak Melayu/Islam menonjol menerusi Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud yang dipimpin sejak 1965. Beliau turut menubuhkan Yayasan Mendaki (1982).
Lahir di Singapura pada 28 Januari 1928, Syed Ali belajar di Madrasah Aljunied.
Beliau menjadi guru relawan di madrasah lamanya, usahawan dan pemaju hartanah. Beliau menceburi politik sejak akhir 1940-an dan nyaris menjadi datuk bandar Singapura yang pertama pada akhir 1950-an.
Syed Ali membawa Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu ke arus perdana.
Antara anugerah yang diterimanya ialah Kesatria Mangku Negara (1965 ketika Singapura dalam Malaysia), Pingat Bakti Masyarakat dan Jaksa Pendamai, Jasa Gemilang (LBKM) dan Jasawan Muis. Beliau berpulang pada 21 Februari 1998.
TOKOH 3
Mohd Yusoff Ahmad(1925-95)
ANTARA pengasas Majlis Pusat Pertubuhan-Pertubuhan Budaya Melayu Singapura, beliau telah berusaha menarik pelibatan orang Melayu dalam arus nasional.
Selaku pengurus serantau Ford Motors, beliau antara segelintir anak Melayu berjawatan tinggi dengan syarikat berbilang negara itu.
Beliau mendorong orang Melayu menerima dasar meritokrasi, mengutamakan pendidikan dan mengatasi masalah sosial seperti penagihan dadah dan anak terabai. Sumbangannya terserlah dalam projek kesedaran masyarakat seperti gerakan Maju Padu, Bulan Bahasa Melayu, Pesta Budaya Melayu dan juga konsep Perkampungan Melayu demi memelihara warisan Melayu. Beliau menabur jasa di Mahkamah Juvena, Persatuan Antinarkotik Singapura (Sana) dan akar umbi.
Antara anugerah diterimanya ialah Jaksa Pendamai dan Jasawan Majlis Pusat (1992).
Beliau berpulang pada 13 Februari 1995 pada usia 70 tahun.
TOKOH 4
Ambo Sooloh (1889-1963)
DILAHIRKAN di Singapura dalam 1889, Ambo Sooloh adalah antara hartawan dan elit awal Melayu dalam awal abad 20.
Beliau anak bungsu lima beradik. Ayahnya Haji Omar Ali, saudagar Bugis ternama. Beliau banyak meluangkan masa untuk berbakti kepada masyarakat dan merupakan dermawan terkenal.
Ambo Sooloh turut membangunkan Kesatuan Melayu Singapura, badan separuh politik yang pertama di Dunia Melayu, nazir Masjid Sultan (1925-63), penaung Persatuan Bola Sepak Melayu dan Pasukan Bola Sepak Darul Taklam.
Selepas berpulangnya pemimpin KMS, Mohd Eunos Abdullah, beliau menggantikannya selaku anggota Dewan Perundangan Singapura dan dianugerahi Jaksa Pendamai pada 1927.
Beliau turut berperanan dalam penubuhan akhbar milik Melayu sepenuhnya, Utusan Melayu, dalam 1939.
Beliau berpulang pada 30 Jun 1963.
TOKOH 5
Bani Buang (1930-96)
DIGELAR 'Bapa drama Melayu Singapura', Bani Buang telah mengarahkan puluhan pementasan dan memupuk ramai bakat drama sejak zaman pendudukan Jepun (1942-45).
Kerja seninya bermula dari panggung papan dan tong di Kampung Agas sehinggalah ke pementasan bertaraf antarabangsa seperti Ribut (China), Rashomon (Jepun) dan Hamlet (Britain) di Panggung Victoria.
Pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kampung Jaguh dan Sekolah Monk's Hill. Beliau menuntut lagi di Anglo-Malay Evening School di samping menambah ilmu sambil bekerja sebagai penyelia Panggung Victoria dan pengurus Panggung Negara.
Beliau mengetuai unit penerbitan drama Perbadanan Penyiaran Singapura (SBC).
Antara anugerah yang diterimanya termasuk Pingat Jasamu Dikenang (1978) daripada Perkumpulan Seni yang lama diterajuinya, Pingat Budaya (1983) dan Jasawan Majlis Pusat (1994).
Beliau meninggal dunia pada 29 November 1996 dalam usia 66 tahun.
TOKOH 6
Othman Kalam (1902-55)
DIGELAR 'Bapa Penyiaran Radio', Othman Kalam adalah anak pejuang kemerdekaan Hindia Timur (Indonesia) yang diburu penjajah Belanda.
Dilahirkan dalam 1902, di Padang Rengas, Perak, beliau belajar di sekolah Melayu, madrasah dan Inggeris. Beliau bertugas sebagai guru, penerjemah, wartawan dan editor sehingga penyiar radio.
Tulisannya dipengaruhi tokoh pembaharuan seperti Syed Sheikh Alhady dan Abdul Rahim Kajai, 'Bapa Kewartawanan Melayu'.
Dalam zaman pendudukan Jepun dan kembalinya pentadbiran Britain, ketokohannya menyerlah sebagai pengasuh rancangan radio.
Beliau meninggal dunia pada 29 Januari 1955.